Rabu, 20 Mei 2009

My First Smocking

Tada.....setelah sekian lama tak menjahit smocking, kini kembali. Kali ini saya nak tunjukkan hasil kerja tangan saya. Baju gaun smocking ni saya jahit untuk dua orang anak perempuan saya sempena hari raya tahun 2007. Kalau dulu saya hanya jahitkan bahagian smockingnya sahaja, manakala mak cik saya pula yang akan jahit untuk dijadikan sepasang baju gaun. Tetapi sekarang, segala-galanya dilakukan sendiri oleh saya. Inilah hasilnya.................




Gaun yang kat atas ni untuk anak perempuan saya yang sulung. Lengan baju tu sepatutnya ada getah, baru boleh nampak kembungnya....Tapi dia tak suka, so saya dah buangkan getah tu.



Gaun yang ni pula untuk anak perempuan saya yang kedua. Saya buat yang tak berlenggan sebab anak saya ni cepat berpeluh.

Sekarang ni saya tengah buat lagi smocking untuk mereka berdua untuk dipakai pada hari raya akan datang nanti! InsyaAllah....


Isnin, 18 Mei 2009

Gaun Smocking


Saya mula belajar menjahit smocking semasa saya di tingkatan 1 lagi. Tetapi saya tidak belajar di sekolah, saya hanya belajar dengan mak cik saya yang merupakan seorang tukang jahit. Saya memang berminat menjahit smocking ini. Ketika itu, saya hanya menjahitkan bahagian smockingnya sahaja kerana saya tidak pandai lagi menjahit pakaian menggunakan mesin jahit. Banyak tempahan smocking yang saya terima. Seronok sungguh saya kerana dalam masa yang sama juga saya mendapat duit poket sendiri hasil daripada upah menjahit smocking. Walaubagaimanapun, usaha saya itu terhenti apabila saya tamat tingkatan 5.


Smocking ini biasanya dijahit dibahagian dada baju kerana bahagian ini senang dilihat. Smocking yang saya buat 100% jahitan tangan, tapi makan masa agak lama untuk menyiapkannya. Ada juga orang yang menggunakan mesin pleater untuk memudahkan kerja membuat kedutnya. Kini, kita boleh temui banyak gaun smocking dijual dipasaran, tetapi harganya agak mahal hingga ada yang mencecah RM100++ bergantung kepada saiz baju.


Setelah sekian lama meninggalkannya, kini saya ingin kembali membuat gaun smocking!



Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Datang!


Hasrat saya ingin membina blog akhirnya terlaksana juga. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama. Nantikan catatan yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Sekiranya ada yang berkenankan di hati anda, silalah hubungi saya.

Terima kasih daun keladi.......

Ikhlas dari saya,
Ummi Su